Gambaran Keseluruhan Protokol_Masa_Rangkaian

NTP menggunakan algoritma Marzullo, dan memasukkan sokongan bagi ciri-ciri seperti saat lompat ("leap second"). Rekaan rangkaian ini pada versi ke-4nya (NTPv4) biasanya mampu mengekalkan masa sehingga 10 millisaat (1/100 s) melalui Internet Awam, dan mampu mencapai kejituan sehingga 200 mikrosaat (1/5000 s) atau lebih baik dalam rangkaian kawasan setempat di bawah keadaan sesuai.

NTP membekalkan Waktu Universal Selaras. Tiada maklumat mengenai zon waktu atau waktu jimat siang dipancarkan kerana maklumat ini di luar bidangnya dan perlu didapati secara berasingan. Di LAN berasingan, NTP pada dasarnya boleh digunakan bagi menyebar skala masa berbeza (zon waktu tempatan, misalnya), namun kaedah ini adalah luar biasa.

Pada Jun 2010, perlaksanaan rujukan semasa adalah versi 4 (NTPv4), yang merupakan cadangan piwaian sebagaimana didokumen dalam RFC (RFC 5905).

Perlaksanaan NTP yang kurang rumit, menggunakan protokol yang sama tetapi tanpa memerlukan penyimpanan keadaan melalui tempoh masa berpanjangan, dikenali sebagai Protokol Masa Rangkaian Mudah (Simple Network Time Protocol, SNTP). Ia digunakan dalam sesetengah peranti terbenam dan dalam applikasi di mana penyelarasan jangka masa amat tepat tidak diperlukan (RFC 1361, RFC 1769, RFC 2030, RFC 4330 and RFC 5905).